Extended Network Banners Assalamualikum dan salam 1malaysia.. selamat datang ke blog man.. hehe.. jangan lupa komen2 la ya..

Memaparkan catatan dengan label tazkirah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tazkirah. Papar semua catatan

Jumaat, 26 Februari 2010

HADIS MUTHAHHARAH

Daripada Sayyidina Khalid bin Al-Walid Radiallahu 'anhu telah berkata : Telah datang seorang arab desa kepada Rasulullah S. A. W yang mana dia telah menyatakan tujuannya : Wahai Rasulullah! sesungguhnya kedatangan aku ini adalah untuk bertanya engkau mengenai apa yang akan menyempurnakan diriku di dunia dan akhirat. Maka baginda S. A. W telah berkata kepadanya Tanyalah apa yang engkau kehendaki :

Dia berkata : Aku mahu menjadi orang yang alim

Baginda S. A. W menjawab : Takutlah kepada Allah maka engkau akan jadi orang yang alim

Dia berkata : Aku mahu menjadi orang yang istimewa di sisi Allah

Baginda S. A. W menjawab : Banyakkan zikrullah nescaya engkau akan jadi orang istimewa di sisi Allah

Dia berkata : Aku mahu disempurnakan imanku

Baginda S. A. W menjawab : Perelokkan akhlakmu nescaya imanmu akan sempurna

Dia berkata : Aku mahu termasuk dalam golongan mereka yang taat

Baginda S. A. W menjawab : Tunaikan segala kewajipan yang difardhukan maka engkau akan termasuk dalam golongan mereka yang taat

Dia berkata : Aku mahu agar Allah menutupkan segala keaibanku pada hari qiamat

Baginda S. A. W menjawab : Tutuplah keburukan orang lain nescaya Allah akan menutup keaibanmu pada hari qiamat

Dia berkata : Siapa yang terselamat daripada dosa?

Baginda S. A. W menjawab : Orang yang sentiasa mengalir air mata penyesalan, mereka yang tunduk pada kehendakNya dan mereka yang ditimpa kesakitan

Dia berkata : Apakah sebesar-besar kebaikan di sisi Allah?

Baginda S. A. W menjawab : Elok budi pekerti, rendah diri dan sabar dengan ujian (bala )

Dia berkata : Apakah sebesar-besar kejahatan di sisi Allah?

Baginda S. A. W menjawab : Buruk akhlak dan sedikit ketaatan

Dia berkata : Apakah yang meredakan kemurkaan Allah di dunia dan akhirat ?

Baginda S. A. W menjawab : Sedekah dalam keadaan sembunyi ( tidak diketahui ) dan menghubungkan kasih sayang

Dia berkata: Apakan yang akan memadamkan api neraka pada hari qiamat?

Baginda S. A. W menjawab : sabar di dunia dengan bala dan musibah

Telah berkata Imam Mustaghfirin: aku tidak pernah menjumpai hadis yang besar dan merangkumi kesempurnaan agama dan bermanafaat selain hadis ini....
--------------------------------------------------------------------------------

ISTERI ABU LAHAB TIDAK DAPAT MELIHAT RASULULLAH

Pada suatu hari Rasulullah SAW mengumpulkan kaumnya dan baginda berdakwah agar mereka menyembah Allah agar diri mereka terselamat daripada api neraka.

Abu Lahab turut serta dalam perhimpunan itu dan amat marah kepada Rasulullah SAW lalu mencaci cerca baginda.

Kelakuan Abu Lahab telah melampaui batas,tidak seperti kaum kerabat yang lain.Sehubungan dengan perbuatan Abu Lahab itu,Allah SWT menurunkan ayat Surah Al-Lahab yang bermaksud:

“Binasalah kedua-dua tangan Abu Lahab.Sesungguhnya dia telah binasa”

“Tidak berfaedah baginya harta bendanya dan segala perkara yang dia usahakan”

“Dia akan dimasukkan ke dalam api neraka yang menyala-nyala”

“Dan begitu juga dengan isterinya,sebagai pembawa kayu baker (pembawa fitnah)”

“Yang dilehernya terdapat tali daripada sabut”

Ayat ini tersebar ke seluruh kota Mekah dan apabila sampai ke telinga Ummu Jamil (isteri Abu Lahab),dia menjadi sangat marah.
Kemarahannya bertambah apabila dia digelar sebagai Hammalatal Hatab yang bermaksud pembawa kayu bakar. Pembawa kayu bakar dalam bahasa Arab adalah kiasan bagi penyebar fitnah.

Lalu,dia mencari Rasulullah SAW dengan membawa beberapa ketul batu untuk membalas dendam.Setelah agak lama mencari,dia dapat mengesan bahawa Rasulullah SAW sedang berbicara dengan Abu Bakar As-Siddiq.

Ummu Jamil terhendap-hendap mencari tempat yang sesuai untuk melontarkan batu kea rah Rasulullah SAW.
Akan tetapi,dengan kekuasaan Allah,pandangan matanya telah terpadam daripada melihat Rasulullah SAW.Dia hanya melihat Abu Bakar dan menyangka Rasulullah SAW telah lari menyelamatkan diri.

Oleh sebab terlalu geram,Ummu Jamil terus menghampiri Abu Bakar dan berkata,”Di manakah sahabatmu itu?,” . Abu Bakar hanya mendiamkan diri. “Aku mendengar dia telah merendah-rendahkan aku dan suamiku.Awas,kalau aku jumpa dia,akan ku baling batu ini kepadanya !,” maki wanita itu.

Setelah puas memaki hamun,Ummu Jamil pulang akhirnya. Setelah itu,Abu Bakar bertanya kepada Rasulullah SAW yang sedari tadi duduk dihadapannya.

“Ya Rasulullah,bukankah wanita itu melihat tuan?”. Berkata Rasulullah,”Allah telah memadamkan penglihatannya daripada melihat aku,”.

Tazkirah

Dengan nama-MU, Ya ALLAH, Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, Yang Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu, Yang Mengetahui dari sebesar-besar alam kepada sehalus-halus lintasan hati~

Ya ALLAH anugerahkanlah kesejahteraan dan keberkatan ke atas Junjungan kami yang mulia, Muhammad Rasulullah dan seluruh ahli keluarga Baginda sepertimana Engkau memberi kesejahteraan dan memberkati Nabi Ibrahim dan keluarga Nabi Ibrahim~

Salam~

red mahu berkongsi ilmu dengan para sahabat iluvislam.com. perkongsian ilmu ini sebenarnya adalah perkongsian dari abg red (currently working in western asia) melalui ym. perkongsian ini abg red ambil dari pembacaan beliau dari kitab taubat:


abg_red: kitab taubat, karangan imam ghazali
abg_red: pecahan dari kitab ihya, terjemahan syed ahmad semait singapore


abg_red: tentang2 dosa2 besar
red_lotus: teruskan
red_lotus: bc bismillah & selawat dl
red_lotus: itu yg terbaik sblm smpaikn ilmu
abg_red: dah
abg_red: tuhan kata, dosa2 besar ni tak terampun dengan solat lima waktu
red_lotus: biar betul?
red_lotus: takutnya
red_lotus: pastu?
abg_red: hanya, dosa2 kecik jer yang terampun, tu la pasal
red_lotus: teruskan smpai habis
abg_red: setiap saat yang kita bazirkan dan lalai dari tuhan, dah dikira berdosa kita dari amanat tuhan tau
abg_red: sebab tu kita kena kerap beristighfar
abg_red: jangan kita kira, mungkin kita tak buat kot dosa besar, dan kita ni dah cukup ok
abg_red: nabi sendiri beristighfar satu hari 70 kali
abg_red: yang aku nak share ni, pasal satu dosa besar yang kita tengah buat
abg_red: dosa kita ngan ibu bapa.....
abg_red: kata imam ghazali, taubat ni, kita kena belajar sebelum nak buat, baru kita tak terbabas kembali
abg_red: dan wajib disegerakan
abg_red: takut nanti kita mati dalam su'ul khatimah, kesudahan yang buruk, na'uzubillah
abg_red: orang2 arif billah, mereka sangat takut akhir hidup mereka dalam su'ul khatimah, maka mereka sentiasa berlindung denga tuhan dalam setiap perbuatan mereka
abg_red: imam ghazali kata lagi, awas dengan satu kali awas terhadap tipu daya dunia
abg_red: tapi awas dengan seribu kali awas dengan tipu daya allah
abg_red: kalau kita terpedaya dengan tipu daya tuhan, malanglah kita
abg_red: jadi, jangan sangka bila kita banyak buat ibadat, kita dah dalam keadaan yang baik, kita kena sentiasa mohon pada tuhan sebagai wakil kita, dalam setiap perkara
abg_red: takut2 kita hanya terpedaya dengan amalan kita
abg_red: sebab tu, bersegeralah mohon keampunan tuhan
abg_red: pasal tuhan sangat suka mereka yang memohon ampun padaNYA
abg_red: kata imam ghazali, ada pula, syarat2 yang perlu kita ketahui untuk taubat kita diterima tuhan, itu sebab, kita tak boleh berhenti dari terus tetap menuntut ilmu,
abg_red: teruskan isi, masa kita dengan menambah ilmu
abg_red: sebab dengan ilmu ni nanti, kita akan terasa ringannya beban untuk beristiqamah di jalan allah
abg_red: sebagai contoh, ambik sesiapa sahaja yang kita suka, minat atau tertarik
abg_red: sebab apa?
abg_red: jadi, konsep yang sama kita kena apply, baru kita cinta tuhan, tertarik denganNYA dan sebagai
abg_red: caranya tiada lain, kena tambah ilmu....
abg_red: jadi, *kamu mulakanlah, dengan mengisi masa2 lengang *kamu dengan membaca ka, dengan berfikir ka, atau berkongsi ilmu ka? atau lebih baik p dengan orang mengaji kitab atau ceramah
red_lotus: kitab apa *kamu bc?
red_lotus: ihya' ka?
abg_red: kitab taubat, karangan imam ghazali
abg_red: pecahan dari kitab ihya, terjemahan syed ahmad semait singapore
abg_red: cari la kat kedai2 buku
red_lotus: pastu syarat td utk taubat diterima tu ialah DENGAN SENTIASA MENUNTUT ILMU KA?
red_lotus: tu ke syarat nya?
abg_red: *kamu kena baca perincian dia
abg_red: aku kena study betul2 balik
red_lotus: ak nk tau syarat taubat diterima tu?
abg_red: banyak syarat dan peringkat dan step2 tu
red_lotus: ok
red_lotus: xpa
abg_red: buku aku kat wellsite
red_lotus: insyaALLAH lain kali
red_lotus: Alhamdulillah~terima kasih
abg_red: *kamu tak leh bertangguh, semoga setiap kesegeraan, moga2 dirahmati dan didoakan malaikat
abg_red: insyaallah
red_lotus: insyaALLAH.

*diubah mengikut kesesuaian.

semoga ALLAH mengampuni dosa-dosa kita, semoga kita terpilih untuk berada di kalangan orang-orang yang beriman dan berilmu~ameen.

Rabu, 24 Februari 2010

Tiada Siapa Berhak Mengaku Ikhlas

IKHLAS adalah paling tinggi selepas iman. Ia adalah rahsia Tuhan hinggakan para malaikat pun tidak tahu dan yang empunya diri pun tidak dapat mengesannya.

Ia adalah penentu samada amalan diterima atau ditolak.

Ada para sahabat apabila mendengar tentang ikhlas menangis mereka. Mereka merasa tidak selamat, rasanya tidak mungkin dapat perolehinya yang begitu tinggi nilainya kerana susahnya mendapat sifat ikhlas.

Islam tidak membenarkan seseorang mengaku ikhlas.

Siapa yang mengaku ikhlas walaupun sebelum ini ikhlas, automatik, ikhlasnya terbatal.

Contoh-contoh bagaimana yang dikatakan mengaku ikhlas: Membantu seseorang sambil berkata,

"Ambillah, saya ikhlas…"

Menolong seseorang tapi pertolongannya ditolak.

"Saya tolong awak ini ikhlas, tapi sedih, awak menolak.."

Dalam menulis surat kita selalu mengakhiri dengan tandatangan, "Yang ikhlas." "Yang Benar."

Dalam Islam, mengaku baik adalah salah. Siapa yang mengaku ikhlas, siang-siang lagi terbatal. Tiada siapa yang mengetahui siapa yang ikhlas sekalipun yang empunya diri.

Tiada siapa yang berhak mengaku ikhlas, Cuma berusaha moga-moga jadi ikhlas dan moga-moga diterima Allah.

Erti Ikhlas

Murni, bersih, jenis dia sahaja, tidak bercampur jenis-jenis yang lain. Tidak dinodai seperti air yang tidak bercampur dengan sabun, tepung, sebab apabila sudah bercampur dengan benda lain, sudah tidak khalis lagi (tidak pure).

Begitulah dalam beramal, solat, zakat, baca Quran,mengajar, berdakwah, menolong, motivasi, forum, ceramah, belajar, semata-mata kerana Allah: kerana suruhan-Nya kerana keredhaan-Nya kerana arahan-Nya kerana mentaati-Nya kerana patuh pada-Nya

Jadi, perkara di atas adalah dari sebab atau kerana-Nya yang satu, tujuan
satu, dan didorong oleh yang satu iaitu Allah. Abdikan diri kerana Allah,
tidak dicampur atau bercampur selain Allah - itulah ikhlas - dorongannya
satu.

Apa yang nak berlaku atau nak jadi atau tidak jadi, tidak timbul sama sekali sebab niat semata-mata kerana Allah.

Sekiranya niat, dorongannya telah tercampur atau terselit niat-niat yang lain dari Allah seperti kerana riak, megah, glamor, pangkat, orang minta, takut orang tidak suka, mental exercise, boring tinggal di rumah, undi, uji kemampuan, hendak berlawan, hendakkan piala, hadiah, kerana kawan - maka ia tidak khalis atau ikhlas telah ternoda. Dengan itu boleh jatuh syirik khafi.

Di akhirat nanti Allah menyuruh dia meminta pada orang yang dia niat kerananya. Allah tidak balas kebaikan itu kerana ia mempunyai "kerana-kerana" yang selain dari "kerana Allah".

Untuk ikhlas, sebenarnya amat susah sekali terutama yang ada kaitan kepentingan umum atau orang ramai yakni yang terdedah kepada pandangan umum seperti berdakwah, mengajar, gotong-royong, baca Al-Quran di depan orang, forum, upacara memberi hadiah - lebih-lebih lagi orang yang tidak memikirkan hati lalu hati dibiar dan terbiar.

Jarang diambil kira, selalunya ramai yang terjebak.

Khususul Nafs - kepentingan diri seperti ingin popular, disedari atau tidak kerana kurang menyuluh hati. Awal-awal lagi nawaitu (niat) telah rosak seperti membuat rumah di atas lumpur.

Ada tiga jenis kerosakan yang berlaku pada 3 jenis kedudukan:

- awal
- pertengahan
- akhir

Kerosakan awal contohnya seperti berdakwah. Sebelum memberi ceramah, hati kecilnya berkata:

"Inilah masanya nak jadi popular" "Aku akan jadi terkenal…" "Dengan ceramah ini dapatlah duit poket."

Ada juga yang berniat untuk menghentam seseorang atau golongan tertentu sebelum berceramah, akibatnya rosaklah ikhlasnya ibarat orang yang melukis di atas air.

Kerosakan pertengahan pula contohnya niat untuk berceramah sudah baik tetapi sewaktu berceramah, ada pendengar yang angguk-angguk atau ada yang menangis kerana mendengar ceramah yang memberi kesan itu hingga hati kecil kita berkata: "Hebat juga aku hingga ada orang boleh terima ceramah ini dan ada pula yang menangis."

Kerosakan akhir pula contohnya niat dan sewaktu berceramah tidak ada apa-apa yang rosak, berjalan dengan baik tetapi sewaktu balik dari berceramah ada kawan yang datang bersama di dalam kereta berkata: "Hebat betul ceramah ustaz tadi hingga ada yang menangis."

Waktu itu maka datanglah rasa ujub hingga lupa ia semua itu datang dari Allah jua. Sepatutnya ia merasa malu kerana ini semua bukan dari dirinya tetapi hakikatnya dari Allah. Orang begitu ibarat membangunkan rumah tiba-tiba siap sahaja rumah itu terus runtuh.

Orang ramai yang mendengar ceramah tersebut juga tidak berubah sebab hati sudah cacat. Mereka memuji kita, tetapi tetap tidak berubah sebab dari rasa riak. Sifat taqwa sudah ternafi. Oleh itu buatlah kerja-kerja dengan penuh tawadhuk, takut dan cemas samada diterima amalan kita atau ditolak.

tazkirah utk semua

Hadith :
Dari Abu Sa’id al-Khudri, dari bapanya r.a katanya:”Rasulullah s.a.w bersabda:”Apabila seseorang kamu menguap, maka hendaklah ia menutup mulutnya kerana syaitan dapat masuk.”

(Muslim)
Hadith :
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:”Jauhilah diri kamu daripada tujuh dosa yang boleh membinasakan.Baginda ditanya:”Apakah dosa itu wahai Rasulullah?” Baginda berkata:" Syirik kepada Allah, sihir, membunuh jiwa yang diharamkan oleh Allah melainkan dengan jalan yang benar, memakan harta anak yatim, memakan riba, lari dari medan pertempuran perang dan menuduh perempuan yang suci melakukan zina.”

Riwayat Muslim
Dinilai 5.0 oleh 2 orang [?]

"Sesungguhnya Agama Ini Mudah"

10:23 / ..::di'post' oleh::.. SAIF EL-IKHWAN / testimoni (0)
"Innad diinu yusrin"... Kalaulah ada persoalan yang datangnya daripada orang yang jahil tentang agama yang membangkitkan pertanyaan ini... macam mana kita nak jawab? "Sesungguhnya agama ini mudah"... tetapi mengapa Islam menetapkan cara berpakaian, bahagian yang menjadi aurat and macam-macam lagi lah...

Orang yang memusuhi Islam pun tidak akan lepaskan peluang dalam agenda menjatuhkan umat Islam. Musuh-musuh Islam dan orang yang jahil tentang agama hanya akan bertanya tetapi tidak beramal. Imam Al-Ghazali rahimahullahu taala berwasiat kepada salah seorang muridnya: "Jangan engkau banyak bertanya, tetapi hendaklah engkau banyak beramal".

Firman Allah dalam surah Al-Quran Al-Karim: "Seandainya mereka bersabar menunggu sehingga engkau (Muhammad) keluar menghadapi mereka. Maka itu adalah sesungguhnya lebih baik bagi mereka". (Surah Al-Hujurat : 5)

Juga telah berkata Khidir a.s. kepada Musa a.s. : "Maka janganlah engkau segera bertanya kepadaku tentang sesuatu, sehingga sampai masanya aku akan memberitahu tentang hal itu kepadamu". (Surah Al-Kahfi : 70)

Jadi persoalan di atas yang membangkitkan mengenai agama ini (Islam) adalah agama yang mudah, senang dan fitrah, tetapi mempunyai undang-undang yang sangat ketat. Kenapa?

Memang Islam senang dan mudah, kenapa nak pertikaikan lagi? Islam is the easiest religion in the world... Wah! Speaking pulak...

First sekali kenapa saya cakap why Islam senang and easy... Sebabnya kalau nak beribadah boleh beribadah di mana-mana, bukan sahaja di masjid or surau-surau. Padang pun boleh jadi tempat untuk solat. And bila hendak masuk masjid atau surau, tak perlu tutup kepala sedangkan agama Sikh perlu kepada penutupan kepala untuk memasuki rumah ibadat mereka.

Orang Islam boleh membaca kitab suci (Al_Quran) mereka tanpa ada tegahan, sedangkan bagi orang yang beragama Hindu, kasta yang paling bawah sekali tidak dibenarkan membaca kitab suci mereka. Kasta yang paling bawah sekali digelar parya... Kalau melanggar pantang larang ini, orang itu akan dikenakan hukuman yang berupa potong lidah mereka... Takut ahh...

Kenapa perempuan kena tutup ini, tutup itu dan tutup semua kecuali muka dan tapak tangan?

Itulah tandanya Allah sayang giler kat perempuan, Cubalah try ayam yang nampak sedap tetapi sebenarnya kita makan ayam yang orang dah makan, jadi lebih kurang kita makan sisa makanan orang lah. Allah nakkan sesuatu yang bagus untuk hamba-hamba-Nya yang beriman. Wanita yang solehah hanyalah untuk lelaki yang soleh. Rugilah lelaki yang soleh jikalau tiada wanita yang solehah di dunia ini. Nak ke lelaki yang soleh mempunyai wanita yang dah mendedahkan aurat mereka kepada orang lain? Not their taste arr... Bad quality... or maybe don't have any quality...

Allah sayang wanita dan Allah pun sayang lelaki jugak... Amnya, Allah sayang semua hamba dan makhluk-Nya...

Wallahua'lam...




p/s: Sorry kepada sesiapa yang terasa... apa yang saya tulis ini pun untuk kepentingan bersama...

Couple

...C0uple... 13:23 / ..::di'post' oleh::.. SAIF EL-IKHWAN / testimoni (0)

Dan janganlah kamu campur adukkan yang hak dengan yang batil dan janganlah kamu sembunyikan yang hak itu, sedang kamu mengetahui". (Al-Baqarah : 42)

Couple... Istilah couple ini dalam Bahasa Melayu nya disebut sebagai pasangan atau berpasang-pasang. Korang pun tahu lah macam mana keadaan orang tengah ber 'couple'. Semua yang mustahil itu boleh jadi tidak mustahil. Cinta itu buta.

"'Couple' ni boleh ke tak??"... Ada yang kata boleh ada yang kata tidak boleh... tetapi saya kata...

TAK BOLEH!!!

"Why??"

Dr. Fadzilah Kamsah pernah menjawab persoalan seorang penonton rancangan Bersama Dato' dalam Astro saluran Oasis, "'Coupling' ni hanya cinta monyet. So, jangan jadi monyet. Jangan sahkan diri anda sebagai monyet".

Kenapa tidak boleh 'couple'...??? 'Couple' merupakan satu jalan yang sengaja diada-adakan oleh musuh-musuh Islam yang terdiri daripada jin dan manusia yang berusaha menjatuhkan umat Islam.

Seperti satu kaum yang telah dimusnahkan Allah taala kerana melakukan hubungan sesama jenis (homoseks) yang telah diterbalikkan bumi tempat kaum itu berpijak menenggelamkan segala harta dan manusia yang tinggal di sana kecuali pengikut-pengikut Nabi Luth a.s. yang meninggalkan tempat itu atas arahan Allah Azza wa Jalla. Kemudian cerita 'couple' pula muncul. Hubungan ini saya tegaskan sekali lagi sebagai sesuatu yang HARAM!!! Nanti akan diperjelaskan. Perhatikan firman Allah di bawah.

"Dan (juga) kaum Ad dan Tsamud, dan sungguh telah nyata bagi kamu (kehancuran mereka) dari (puing-puing) tempat tinggal mereka. Dan setan menjadikan mereka memandang baik perbuatan-perbuatan mereka, lalu ia menghalangi mereka dari jalan (Allah), sedangkan mereka adalah orang-orang yang berpandangan tajam". (Surah Al-Ankabut :38)

Biasanya bagi semua orang yang terjebak dalam 'couple-coupling' ini merasakan dirinya tidak salah kerana syaitan telah menjadikan hati mereka memandang perkara yang salah sebagai sesuatu yang indah. Syaitan sangat licik... "Innahu lakum 'aduwwum mubin"...

Mereka merasakan yang diri mereka tidak mendekati zina kerana mereka sangka hubungan mereka berlandaskan syaria't Allah. Saling memberi tazkirah, mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran. Ada sebahagian daripada mereka yang tidak menggunakan kata-kata jiwang or sebagainya. But it still wrong!!!

"Kenapa boleh masuk hukum haram pulak?"

Allah berfirman:

"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk." (Al-Isra' : 32)

Jadi, dalil di atas menunjukkan haramnya zina dan 'couple'!!!

"Tak paham lah... Saya mana pernah dekat dengan zina, saya tak pernah jumpa awek saya kecuali kat sekolah..."

Kita kena ingat yang zina berpecah kepada beberapa zina kecil iaitu:

Zina tangan...

Zina kaki...

Zina mata...

Zina lidah...

Zina telinga...

Zina hidung...

Zina hati...

Dosa zina tangan adalah ketika tangannya berpegangan, dosa zina kaki adalah ketika kakinya melangkah ke tempat maksiat, dosa zina mata apabila matanya melihat benda-benda yang tidak sepatutnya dilihat, dosa zina lidah apabila bercakap perkara yang lagha dan mendatangkan hukum haram, dosa zina telinga apabila mendengar perkataan yang lagha dan dosa zina hidung apabila membau wangi-wangian seorang perempuan, dosa zina hati dikira apabila hatinya terfikir akan kekasihnya melebihi daripada terfikir akan Allah.

Dosa zina tangan, kaki, mata dan hidung dapat dielakkan apabila berjanji yang lelaki dan perempuan tidak akan bertemu.





"Okey... Settle. Saya mana pernah jumpa dia kecuali kat sekolah... mungkin ada jumpa sekali dua kot".





Dosa zina telinga dan lidah dapat dielakkan apabila berjanji yang lelaki dan perempuan tidak akan 'call' sesama mereka... kecuali dalam hal yang penting. Boleh ke 'couple' tak telefon sesama mereka dalam masa 24 jam?





"Ermm... Entahlah. Boleh jadi giler tak telefon dia sehari. Hehehe...".

Tetapi zina hati... nak elak macam mana??? "La taqrabuz zina..." merangkumi segala jenis zina, dari zina tangan sampailah ke zina hati... HARAM hukumnya mendekati zina. Baru mendekati, belum berzina lagi. Jadi, apa yang dapat disimpulkan di sini ialah, jangan mendekati zina lebih-lebih lagi nak berzina. Ingatlah apa yang Allah larang itu ada hikmahnya.

Nasihatlah kawan-kawan yang tengah 'hangat' ber 'couple' supaya kembali ke pangkal jalan. Jalan yang lurus. Jalan yang orang-orang yang Allah bagi nikmat ke atas mereka. Allah berfirman:

Dan (ingatlah) ketika suatu umat di antara mereka berkata: "Mengapa kamu menasihati kaum yang Allah akan membinasakan mereka atau mengazab mereka dengan azab yang keras?" Mereka menjawab: "Agar kami mempunyai alasan (pelepas tanggung jawab) kepada Tuhanmu dan supaya mereka bertaqwa".