Extended Network Banners Assalamualikum dan salam 1malaysia.. selamat datang ke blog man.. hehe.. jangan lupa komen2 la ya..

Ahad, 31 Julai 2011

Ramadhan Datang Kembali



Assalamualaikum,

Tahun ni alhandullilah kerana saya masih hidup dan dapat meneruskan Ramadhan.. saya mengucapkan selamat menyambut bulan ramadhan al- mubarak pada tahun ini... saya berharap umur saya panjang agar dapat lagi menunaikan ramadhan yang akan datang. Jangan lah kita tidak berpuasa pada bula Ramadhan ini kerana puasa itu wajib bagi orang2 muslim. Dan banyakkan amal sedekah dan kebaikkan pada bulan ramadhan yang berkat ini.. dan berharap juga agar puasa kita diterima.. sebelum saya akhiri izinkan saya menulis sebuah pantun ramadhan iaitu :-


Adik bermain ditepi paya,
Dimarahi mak kasihan dia,
Anta kuih raya jangan pula lupa,
Selitkan duit raye seringgit dua.

Khamis, 7 Julai 2011

PERLU JADI GEDIK
(LAKONAN FARA DALAM TEATER MAK DARA NYONYA)






Dari kiri, Sarimah Ibrahim, Norzizi Zulkafli, Misha Omar dan Fara Fauzana, menjayakan teater Mak Dara Nyonya di Panggung Eksperimen, Aswara.

Fara seronok dapat beraksi dalam teater Mak Dara Nyonya

PERNAH ditawarkan beraksi di pentas teater namun ketika itu pengacara dan penyampai radio popular, Fara Fauzana, belum bersedia kerana jadual harian dipenuhi aneka tugasan yang memerlukan komitmen penuh.
Bukan takut menggalas tanggungjawab sebagai pelakon memandangkan sebelum ini bakat lakonannya sudah teruji menerusi filem SH3 dan Jin Notti selain tampil menerusi sitkom Fara, cuma kekangan masa membataskan langkahnya.

Kini selepas tumpuan hanya kepada radio, bintang Hot FM itu cukup teruja menyahut cabaran penerbit teater Mak Dara Nyonya yang mengangkat tirai di Pusat Pelancongan Malaysia (Matic) selama seminggu bermula 6 Julai.

“Segala-galanya seakan sudah disuratkan untuk saya. Tawaran membawakan watak isteri kepada Tuan yang ditonjolkan kepoh itu datang tepat pada waktunya. Walaupun ketika dihubungi saya berada di luar negara, tanpa berfikir panjang saya terus menerimanya.

“Kalau ikutkan, saya memang sudah lama menunggu tawaran seperti itu apatah lagi bekerja dengan mereka yang begitu berpengalaman. Ia sesuatu yang begitu mengujakan,” katanya yang pernah mengambil teater sebagai subjek pilihan ketika pengajian di universiti.

Teater di bawah kerjasama Matic dan Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) itu mengisahkan perjalanan dan kesengsaraan hidup pengasas Jamu Mak Dara, Ibu Halimah, serta kisah seorang nyonya dari Indonesia.
Selain Fara, tunjang utama lain bagi pementasan yang menggabungkan kisah Mak Dara dan Nyonya itu ialah Misha Omar, Sarimah Ibrahim, Norzizi Zulkifli dan Sherry Syed Abdullah, manakala Juhara Ayob mengalas tanggungjawab sebagai Mak Dara.

Melihat senarai pelakon, tidakkah Fara gentar berkongsi pentas dengan mereka yang lebih dulu menimba pengalaman beraksi di pentas teater?

Akui gadis berusia 31 tahun itu, segala perasaan negatif dilontar jauh bagi memastikan tumpuannya tidak terjejas apatah lagi orang baru sepertinya mengharapkan bimbingan daripada mereka yang sudah merasa asam garam dunia pementasan langsung.

“Jika diikutkan saya masih setahun jagung dalam bidang lakonan namun mereka yang lebih senior ini membuka tangan seluas-luasnya malah tidak kedekut ilmu apabila sanggup memberikan tunjuk ajar.

“Teater mempunyai disiplin tersendiri, begitu juga lenggok serta penyampaian dialognya tambah-tambah menerusi Mak Dara Nyonya yang menjurus kepada senario di Indonesia manakala watak saya juga perlu tampak gedik,” katanya yang mengagumi Juhara.

Menumpukan sepenuh perhatian terhadap sesi latihan yang mengambil masa lebih sebulan, tanpa berselindung saat melangkahkan kaki ke latihan pertama, hatinya dipaut resah melihatkan pelakon lain sudah bersedia.

Awalnya Fara kurang yakin terhadap kemampuan membawakan watak terbabit tetapi selepas melalui sesi latihan bersama teman seperjuangan lain, dia kini sudah mampu membawa jiwa wanita berkenaan.

“Teater berbeza daripada penggambaran drama atau filem, tetapi saya puas dapat menimba pelbagai pelajaran baru. Kami berpeluang melontarkan idea untuk mencantikkan lagi situasi mahu pun dialog asalkan tidak berlebih-lebih.

“Kini harinya sudah tiba. Sebagai pendukung watak, sudah pasti saya mahu menonjolkan yang terbaik malah saya yakin komitmen, kerjasama dan semangat kerja berpasukan mampu menjadikan misi kami realiti,” katanya lagi.

Makan angin sambil kerja di LA

DALAM keghairahan mencuba bidang baru, Fara tidak mengenepikan dunia penyiaran apabila baru-baru ini ‘terbang’ ke Los Angeles, California, Amerika Syarikat, bersama pasukan produksi untuk sebuah program televisyen.

Masih enggan berkongsi rahsia, katanya penerbitan yang masih pada peringkat pembikinan itu hanya akan dihebahkan apabila hasilnya siap, kemungkinan dalam tempoh terdekat ini.

“Kami pergi bukan sekadar makan angin namun mencari bahan untuk program terbabit, cuma belum masanya untuk saya mendedahkan konsep mahu pun judul rancangan itu kerana masih banyak yang perlu diperhalusi.

“Boleh dikatakan ia sebuah rancangan yang segar manakala penerbitannya pula di bawah tanggungjawab syarikat produksi saya sendiri. Tunggu saja nanti,” katanya yang menerbitkan sendiri program itu sambil tersenyum penuh bermakna.

Sementara itu, tiket menyaksikan Mak Dara Nyonya boleh didapati pada harga RM32, RM52 dan RM82. Keterangan lanjut hubungi 03-41478600, 012-2977220 dan 013-6293825.




PROFIL: Fara Fauzana

Nama penuhnya Farah Fauzana Mohd Fadzil

Usia 31 tahun, dilahirkan 7 Februari 1980 di Petaling Jaya

Kelulusan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Perhubungan Awam dari Universiti Teknologi Mara Shah Alam.

Kerjaya sebagai penyampai radio bermula di Era FM pada 2004 dan Hot FM (bermula 2006).

Menang trofi Penyampai Radio Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) sejak 2007.

Turut berbakat sebagai pengacara Melodi, sekali gus pernah menang trofi Pengacara Wanita Popular, ABPBH sejak 2005.

Pernah membintangi filem SH3 The Movie dan Jin Notti, selain drama Renjer, Gadis Cuci serta sitkom, Fara.
hari ini banyk keje nak di buat...... terpaksa la klu x mcm mane nak dapat gaji kan.... hehe..... so, korang mcm mane pula hari ini bnyk keje x.... klu x alhamdullilah lah.. kata orang klu x keje mcm mane nak dapat duit. duit x kan turun dari langit ok... hehe, so u all mestilah keje dgn sunggu2 biarpun keje tu terpaksa kita buat,.. jadi saya akhirnya dgn assalamualaikum...